Ibadah korban di semua masjid, surau di Wilayah Persekutuan dibenarkan

Jun 24, 2020, 09:58 AM

Pelaksanaan ibadah korban di semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan dibenarkan pada Hari Raya Aidiladha yang disambut pada 31 Julai ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menyediakan prosedur operasi standard (SOP) ibadah korban yang boleh dijadikan rujukan bagi pelaksanaan negeri-negeri lain.