Realiti Rakyat: Persediaan pelajar pulang ke kampung
Episode 37, Apr 27, 2020, 03:58 AM
SEGMEN Realiti Rakyat kali ini mengetengahkan persediaan pelajar untuk pulang ke kampung. Bagi memastikan proses pergerakan pelajar berjalan dengan lancar, pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah melantik ketua di beberapa zon bagi memastikan perancangan pergerakan pelajar ini dijalankan dengan teratur dan mematuhi Standard Operating Procedures (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Prof Dato Ts. Dr Yuserrie Zainuddin dilantik sebagai Ketua Zon Pantai Timur melibatkan penyelarasan dan data pelajar UA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti dari Negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu.