#HapusCOVID-19: KKM kenalpasti 334 pusat kuarantin

Mar 31, 2020, 10:41 AM

Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengenalpasti sekurang-kurangnya 334 pusat kuarantin di seluruh negara bagi menempatkan mereka yang sedang menjalani proses kuarantin.
Ia berikutan terhadap individu yang dilaporkan melanggar arahan kuarantin dengan bertindak keluar rumah dalam tempoh tersebut.