Mencari situasi menang-menang antara NGO & kerajaan untuk bantu rakyat

Mar 31, 2020, 07:19 AM

Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita menyaksikan lebih banyak persatuan, NGO dan rakyat Malaysia meningkatkan bantuan kepada mereka yang memerlukan, serta golongan yang lebih terkesan dengan PKP.
Inisiatif ini kita puji niatnya, tetapi pada masa yang sama, kita perlu berhati-hati kerana inisiatif pemberian sebegini berupaya meningkatkan pertemuan antara manusia, sekaligus meningkatkan risiko penularan COVID-19.
Jadi dalam tempoh PKP ini, bagaimana kita wujudkan situasi menang-menang di mana kita boleh terus memberi bantuan seperi bekalan makanan kepada golongan yang terkesan akibat PKP, tetapi tidak menjadi agen penularan wabak berbahaya ini?
Di Skype sekarang bersama saya adalah Thanaselan Rajendran.
Beliau merupakan Pengarah Masala Wheels yang memberikan makanan kepada penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan.