Dilarang rentas daerah di Pahang kecuali dengan sebab munasabah

Mar 29, 2020, 01:40 PM

Polis Pahang menutup semua laluan antara daerah bagi mengehadkan pergerakan orang ramai di negeri itu.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, mereka yang merentasi daerah perlu mempunyai sebab munasabah dan mendapatkan kebenaran bertulis daripada Ketua Polis Daerah masing-masing.