Dr Maszlee sebak ketika ditemubal bual, mengenang nasib penduduk kawasan Simpang Renggam

Mar 27, 2020, 05:47 AM

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik sebak apabila mengenangkan nasib rakyat di kawasannya yang terpaksa berdepan dengan dugaan mencabar apabila 61 penduduk di dua kawasan disahkan positif COVID-19. 

Dalam temubual di Astro Awani melalui 'Skype' pada Jumaat, Dr Maszlee menyatakan, ia satu ujian yang gertir dan berat untuk mereka hadapinya bersama.