COVID-19: 16,000 ujian saringan COVID-19 mulai minggu depan
Mar 25, 2020, 11:59 AM
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dijangka ditingkatkan kepada 16,000 ujian saringan Covid-19 setiap hari, bermula minggu depan, berbanding 6,000 ujian sehari pada ketika ini. Pada ketika ini, KKM mempunyai 23 makmal termasuk lima makmal swasta intuk menjalankan saringan itu. KKM kini sedang melihat untuk mendapatkan kit ujian antigen pada Jumaat ini dan sekiranya kit ujian ini disahkan berkesan, KKM akan terus menggunakannya kerana dapat melakukan saringan dalam skala yang lebih besar, cepat dan lebih tepat. - KP Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.