Pemegang lesen memandu dikecualikan perbaharui lesen sepanjang tempoh PKP

Mar 25, 2020, 01:04 AM

Bermula Rabu, pemegang lesen memandu dikecualikan daripada memperbaharui lesen bagi sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Bagaimanapun, menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong, mereka perlu memperbaharui lesen masing-masing dalam tempoh 30 hari selepas PKP diisytiharkan berakhir.