6 minggu tempoh sesuai putuskan rantaian COVID-19

Mar 24, 2020, 07:02 AM

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan PKP selama dua minggu tidak memadai untuk memutuskan rantaian COVID 19.
Menurut Presiden Konsortium Akademik Kesihatan Awam Asia Pasifik KL Prof Datuk Dr Awang Bulgiba, Malaysia memerlukan dua hingga enam minggu perintah kawalan bagi memastikan rantaian itu diputuskan.
Dalam tempoh itu juga, pengesanan kontak bagi kluster utama jangkitan dapat dilaksanakan.