COVID-19: 100,000 kes dalam 4 hari - WHO

Mar 24, 2020, 06:03 AM

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran pandemik COVID-19 semakin cepat tersebar dengan lebih 300,000 kes dicatat kini.
Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata, jangkitan COVID-19 itu kini merebak ke hampir ke seluruh negara di dunia pada kadar yang tersangat pantas.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama Presiden FIFA, Gianni Infantino sempena kempen "Tumpaskan COVID-19" di Geneva.