COVID-19: Cabaran Malaysia laksanakan ujian saringan dengan cepat, tepat dan banyak
Mar 22, 2020, 03:47 PM
Dalam usaha membendung penularan COVID-19, cukup penting adalah pelaksanaan ujian saringan kepada seramai mungkin orang, termasuk yang tiada atau tidak cukup gejala. Amerika Syarikat dan Korea Selatan telah membangunkan kit ujian COVID-19 yang berupaya memberikan keputusan dengan cepat. Jadi mengapa teknologi ini tidak boleh dibawa ke Malaysia? Kami bertanya kepada Dr Malina Osman, Pakar Perubatan Kesihatan Awam (Epidemiologi & Biostatistik) Universiti Putra Malaysia (UPM).