[PERUTUSAN KHAS] Tun M: Saya akan mewujudkan kerajaan yang tidak memihak, jika diizinkan
Feb 26, 2020, 09:31 AM
Menurut Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad, jika diizinkan, beliau akan mewujudkan kerajaan yang tidak memihak. Katanya politik, orang politik dan parti politik terlalu utama politik sehingga lupa negara menghadapi masalah ekonomi dan kesihatan yang mengancam negara.