Melatih anak-anak istimewa pantas membaca
Jan 29, 2020, 01:26 AM
Sekarang ada isu tentang anak-anak sekolah tidak perlu atau tiada peperiksaan. Serentak itu, timbul pendapat mengatakan kemahiran membaca itu tidak perlu. Bagaimanapun, membaca adalah kemahiran asas, sama seperti kemahiran lain misalnya makan guna sudu, bukannya pembelajaran seperti belajar subjek Matematik Sains. Untuk mendengar sisi lain tentang pandangan dan konsep belajar membaca khususnya bagi Murid Pendidikan Khas, bersama di studio Aktivis Membaca Awal Usia Merangkap Pengerusi Pertubuhan Penggalak Membaca Malaysia (PPMM), Puan Chahaya Abdul Manan. Juga ada dua kanak-kanak istimewa, Murid Pendidikan Khas, Afrina Batrisyia Zulkifli dan Muhammad Aliff Luqman Mohd Firdaus yang sudah mula membaca selepas diajar.