Adakah anak muda mampu mendukung perjuangan politik?
Dec 10, 2019, 10:29 AM
Anak muda yang berkecimpung dalam perjuangan politik sering dipandang rendah. Namun, kata Qyira Yusri, salah seorang pengasas #Undi18, anak muda lebih berpeluang untuk mengambil tindakan agresif kerana mereka mampu untuk buat kesilapan. Tambah Senator Yusmadi Yusoff, anak muda juga ada kelebihan kerana mereka belum terpengaruh dengan ketaksuban kuasa atau kekayaan. Oleh itu, mereka perlu berpegang kepada keikhlasan objektif perjuangan mereka. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meraikan Hari Hak Asasi Manusia Sedunia hari ini dengan tumpuannya terletak khusus pada peranan anak muda.