Beri ilmu kepada kurang berilmu
Nov 06, 2019, 01:27 AM
Islamic Relief Malaysia dengan kerjasama fakulti kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM) menjalankan program pemindahan ilmu kepada masyarakat orang asli menggunakan pendekatan aktiviti Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik (STEM). Antara lain, objektif program ini bagi meningkatkan pemahaman dan penggunaan asas Sains dan Matematik selain menjadi platform jaringan komuniti di antara pihak universiti, mahasiswa, IRM dan komuniti Orang Asli.