Tun M : MARA hanya di bawah satu kementerian

Episode 628,   Sep 01, 2018, 10:06 AM

Episode image

Teka-teki sama ada Majlis Amanah Rakyat (MARA) dipecahkan atau dibubarkan akhirnya terjawab apabila Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan mara kini di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. 

Keputusan tersebut dibuat berikutan bantahan terhadap cadangan kerajaan sebelum ini yang berhasrat mengagihkan peranan agensi itu kepada beberapa kementerian kerana saiznya yang besar.