Saifuddin Abdullah : Hala tuju polisi luar Malaysia baharu

Episode 424,   Jul 19, 2018, 05:50 AM

Ikuti wawancara Rizal Zulkapli bersama Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dalam program khas 'AWANI Global'.

Antara yang disentuh adalah mengenai hala tuju polisi luar kerajaan baharu serta cabaran Kementerian Luar apabila mempunyai seorang Perdana Menteri yang aktif dalam dasar luar negara.

Turut dibincangkan ialah berkenaan diplomasi dalam dunia digital serta bagaimana untuk memulihkan imej negara di mata dunia selepas skandal 1MDB contohnya.