Zuraida Kamaruddin : Semua jawatan dalam PKR perlu dipertandingkan

Episode 403,   Jul 16, 2018, 03:30 AM

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menawarkan diri menjadi Presiden parti itu selepas selesai Kongres Nasional Keadilan pada November 2018. Anwar menjelaskan, ia sekali gus tanda pembebasannya dari pelbagai sekatan sejak tahun 2007 selain mandat yang akan diperoleh dari akar umbi parti seluruh negara.

Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat PKR, Zuraida Kamaruddin pula berpendapat semua jawatan dalam PKR perlu dipertandingkan bagi menyuburkan budaya demokrasi dalam parti itu.