AWANI Pulau Pinang : GST sifar - Najib tanya, Saifuddin jawab di Dewan Rakyat
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memberi penjelasan yang munasabah mengenai kesan pelaksanaan harga barangan selepas Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) diletakkan pada kadar sifar pada sesi Dewan Rakyat.
Menterinya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya berterima kasih dengan keprihatinan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyuarakan kesengsaraan yang dihadapi rakyat berhubung isu kos sara hidup.