Perang rasuah pentadbiran Malaysia baharu
Kerajaan akan meminda atau mewujudkan undang-undang baharu, termasuk kod etika sedia ada bagi membolehkan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan barisan Menteri Kabinet turut ditakrifkan sebagai pegawai pentadbiran awam.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata langkah ini bagi membolehkan tindakan diambil terhadap mana-mana ahli-ahli politik yang menjadi anggota jemaah Kabinet sekiranya mereka terlibat dalam gejala rasuah.
Pengarah UMCEDEL, Prof Dr Hamidin Hamid mengulas.