Najib Razak didakwa hari ini

Episode 330,   Jul 03, 2018, 11:46 PM

Episode image

Pasukan Petugas Khas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengesahkan Najib telah ditahan di rumahnya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur pada 2.35 petang Selasa berhubung kes penyelewengan dana berjumlah RM42 juta daripada SRC International Sdn. Bhd. , bekas anak syarikat 1MDB.

Najib akan dituduh pada pukul 8.30 pagi Rabu di Mahkamah Kuala Lumpur.