AWANI Pahang : Tengku Abdullah yakin Malaysia layak jadi hos Piala Dunia

Episode 317,   Jun 29, 2018, 09:12 AM

Episode image

Malaysia berpeluang menjadi tuan rumah bersama jika bersepakat dengan tiga negara Asia Tenggara yang lain untuk melakukan bidaan bagi menganjurkan pusingan akhir kejohanan bola sepak Piala Dunia 2034.

Ahli Jawatankuasa Eksekutif, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, berkata terpulang kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan kerajaan untuk memutuskan jika mahu menyertai Indonesia, Thailand dan Vietnam, yang sudah menyatakan hasrat bersepakat membida menjadi tuan rumah Piala Dunia pada tahun berkenaan.