Khairy Jamaluddin : Saingan merebut jawatan Presiden UMNO

Episode 312,   Jun 28, 2018, 10:40 AM

Episode image

Menjelang persaingan merebut jawatan Presiden UMNO pada pemilihan akan datang, salah seorang calonnya Khairy Jamaluddin bercakap tentang penolakan rakyat terhadap kepimpinan terdahulu.

Beliau turut berkongsi manifesto beliau untuk membentuk kabinet bayangan BN sekiranya menang jawatan Presiden UMNO dan apa pula jaminan beliau kepada rakyat sekiranya BN kembali ke tampuk pemerintahan untuk penggal akan datang?.

Apa pula reaksi beliau berkenaan usul untuk membuka keahlian UMNO kepada semua kaum dan soal subsidi dan keistimewaan yang diberikan kepada bangsa Melayu?