Anuar Tahir, dari Beseri ke Temerloh. Apa sebabnya?

Episode 307,   Jun 27, 2018, 08:50 AM

Episode image

Empat kali tewas dalam pilihan raya sebelum ini atas tiket pelbagai parti. Pada PRU 14 yang lalu, kecekalan Mohd Anuar Tahir yang juga Setiausaha Agung Amanah dalam politik akhirnya berbaloi.

Beliau menang di kerusi Parlimen Temerloh menewaskan empat pencabar lain. Beliau bukan anak tempatan, lahir di Beseri, Perlis, apa yang membuatkannya yakin untuk bertanding di Temerloh dan apa pula aspirasi beliau untuk parlimen tersebut?

Ikuti wawancara Nazri Kahar bersama beliau.