Dian AWANI : Dilema miskin bandar, antara cukup makan dan cukup khasiat

Episode 302,   Jun 26, 2018, 08:48 AM

Episode image

Penyediaan makanan berkhasiat bukan satu keutamaan bagi golongan berpendapatan rendah, terutamanya bagi golongan yang tinggal di kawasan bandar.

Penganalisis ekonomi bebas Dr Madeline Berma berkata walaupun dengan pendapatan yang rendah, kebanyakan keluarga di kawasan bandar masih berupaya menyediakan makanan kepada keluarga.

Begitupun, tahap kualiti zat-zat makanan yang disediakan adalah bukan satu keutamaan bagi golongan berkenaan, memandangkan pendapatan mereka yang rendah menyukarkan mereka mendapatkan bekalan makanan yang lebih berkhasiat.