AWANI Kelantan : Ku Li, jawatan Presiden hanya satu penggal

Episode 300,   Jun 26, 2018, 04:46 AM

Episode image

Hanya akan pegang jawatan presiden untuk sepenggal sahaja, itulah hasrat Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sekiranya dipilih menerajui parti tertua orang Melayu itu.

Beliau juga berjanji akan berusaha mengangkat kembali martabat UMNO yang kini berada dalam keadaan teruk susulan kekalahan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lalu.