AWANI Terengganu : Masa untuk kerajaan Pas Terengganu tunaikan janji
Pas yang diberi mandat untuk mentadbir Terengganu selepas PRU14 yakin mampu merealisasikan semua manifesto yang lalu.
Sebanyak 20 manifesto yang ditawarkan parti itu yang bertemakan Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera. Dalam tempoh pemerintahan itu 30 peratus dari manifesto-manisfesto sebelum ini telah berjaya dilaksanakannya.
Parti yang diberi kepercayaan untuk mentadbir negeri itu juga tidak terburu-buru bagi menepati semua janji tersebut.