Meriah Bersama : " Ke rumah Tun M dan DS Najib pun saya nak pergi", Rais Yatim
Tutur bicaranya lembut diselang-selikan dengan penggunaan susunan bahasa dan ayat yang indah. Itulah Tan Sri Dr. Rais Yatim. Faktor ini tidak menghalang beliau untuk melontarkan kritikan dan menempatkan diri sebaris tokoh-tokoh politik disegani yang lain.
Buktinya, disebabkan kritikan lantangnya, beliau telah dibuang keahlian oleh UMNO. Beliau kini menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di bawah pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Lebih tiga puluh tahun mengenali Tun M dengan rapat apakah jangkaan beliau ke atas pentadbiran Tun M kali ini?.
Beliau turut melihat betapa pentingnya perpaduan sebagai tunjang kepada kemajuan dan kemakmuran sesebuah negara.