Barisan Nasional 'terkubur' di Sarawak
Parti Komponen Sarawak membuat keputusan keluar Barisan Nasional (BN) berkuat kuasa serta-merta.
Parti Komponen Sarawak itu terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB); Parti Rakyat Sarawak (PRS); Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).
Presiden PBB, Datuk Abang Johari Tun Openg berkata, gabungan parti komponen Sarawak itu menubuhkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan sedang mendaftarkannya di Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) dalam waktu terdekat.
Penganalisis Politik Universiti Malaya, Prof. Dr. Awang Azman Awang Pawi mengulas.