Rakaman Penuh Sidang Media Bersama Tun M & Shinzo Abe (12 Jun 2018)

Episode 260,   Jun 12, 2018, 03:24 AM

Episode image

Malaysia akan memohon pinjaman dari Jepun selepas Perdana Menteri menerangkan situasi kewangan negara kepada rakan sejawatnya dari Jepun, Shinzo Abe.

Jelas Tun Dr. Mahathir Mohamad, pinjaman itu, jika diluluskan akan dibuat dalam matawang Yen.

Tambahnya, kerajaan Jepun akan mempertimbangkan permintaan ini. 

Dalam sidang media bersama, kedua Perdana Menteri itu turut mengulas mengenai cadangan membina sebuah kampus universiti Jepun di Malaysia.

Sidang media berkenaan dibuat susulan pertemuan empat mata dua pemimpin berkenaan di Tokyo, sempena lawatan luar negara pertama Dr. Mahathir sejak memegang jawatan Perdana Menteri 10 Mei lalu.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak turut membincangkan hal mengenai perjanjian pertahanan Malaysia-Jepun.