AWANI Terengganu: Terengganu terus jadi destinasi pilihan pelancong
Episode 253, Jun 11, 2018, 03:58 AM
Sebut sahaja Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Kapas pastinya nama Terengganu singgah di benak fikiran pelancong. Negeri yang kaya dengan pusat pelancongan itu sering jadi tumpuan baik pelancong tempatan atau antarabangsa untuk dijadikan lokasi percutian pilihan.
Terengganu juga mempunyai warisan sejarah yang menarik perhatian orang ramai untuk menjengah.