AWANI Soundbyte #168 : AWANI Perak - GST mansuh, ini kata peniaga
May 25, 2018, 01:55 AM
Laungan pemansuhan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), merupakan janji utama Pakatan Harapan sebaik sahaja menerajui tampuk pentadbiran negara.
Ipoh, Perak yang semakin pesat membangun dilihat sebagai prospek yang luas untuk mengembangkan perniagaan. Susulan kemenangan Pakatan Harapan pada PRU14 lalu, Wartawan Astro AWANI, Asyraf Hasnan meninjau pandangan pelbagai lapisan masyarakat di Ipoh.