AWANI Soundbyte #52 : #MalaysiaMemilih : Pengundi luar bandar dan akses kepada maklumat terkini
Apabila menyebut tentang luar bandar, ia sering dikaitkan dengan kekurangan akses kepada maklumat mahupun teknologi. Namun, pada era globalisasi ini, semua akses kepada maklumat yang ada di kawasan bandar boleh didapati melalui internet serta media sosial. Oleh itu, pengundi luar bandar menjelang Pilihan Raya Umum ke -14 (PRU14) ini kian rancak dan bijak mengatur strategi untuk mengundi pemimpin mereka.
Ikuti sedutan temu bual Ashwad Ismail bersama Prof. Madya Dr. Rosmadi Fauzi, Penganalisis G1S Politik Universiti Malaya dalam Agenda AWANI #MalaysiaMemilih