AWANI Soundbyte #7 : Hutang negara diurus baik, komitmen bayaran tak boleh dipersoal

Mar 12, 2018, 10:31 AM

Pengurusan hutang negara yang dilakukan kerajaan pada ketika ini dibuat dengan baik. Perkara tersebut ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan memaklumkan bahawa secara jelas hutang Malaysia semakin menguncup dengan kedudukan 50.8 peratus berbanding 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang ditetapkan kerajaan.

Penyampai : Dzulfitri Yusop & Shafizan Johari